Salam..bertemu lagi dalam lembaran yg baru. Baru balik dari pasar malam S2, and merancang nak mandi sungai pada esok hari (apa kaitan?) haha. Bila tengok suasana pasar malam tadi, ramai yg meniaga, alhamdulillah la tempat biasa family aku rembat nasi briyani tu meniaga, dan juga yg meniaga air soya. Dapat langsung aku rembat tau-fu-fa gula hitam (betul ke spell tu?). Bila fikir-fikir, negara kita ni mewah dengan makanan kan? Alhamdulillah. Walaupun aku tau ada lagi org yg masih menderita dek kemiskinan. Hatta nak mencari sesuap nasi pun payah. Cuma mungkin tidak berpeluang kita mendekati atau mencari mereka. Malah hati ni meruntun sedih, bila tgk ada anak-anak kecil semuda 5 atau 6 tahun kadang minta simpati untuk kita bersedekah. Ada yg claim dari sekolah agama atau anak yatim. Tapi, ada yg enggan memberi, dgn alasan budak-budak tu dipergunakan oleh org yg mengaut keuntungan.
Bagi aku itu mungkin betul, tapi apa salahnya kalau kita pandang from a different view. Sedekah kita yg tak seberapa tu mampu membantu anak kecil itu makan, atau who knows we can turn his/her future positively? Mungkin dgn sedekah kita yg tak seberapa itu lah yg menjadi penyebab anak-anak kecil ni dibagi makan oleh yg mengaut keuntungan tadi. Tak salah kan fikir mcm tu? Manalah tau kalau kutipan sedekah yg dibawa pulang anak kecil ini jika tak sampai jumlah yg sepatutnya dia tak dibagi makan? Lebih teruk lagi dipukul? Tak ke kita dapat selamatkan mereka dgn sedekah kita yg tak seberapa tu?
Tapi ni pendapat aku sahaja. Pendapat kamu aku tak tahu dan aku berminat nak ambil tahu juga andai sudi kamu memberitahu aku. Hurm, aku ada ikut, jadi follower satu blog ni yg boleh dikatakan popular. Kawan aku. Kawan lama dgn sejarah lama. Ingin sgt aku tegur dan berkawan kembali. Tapi aku tahu dia tak mahu. Aku cuma mahu meminta maaf, dan mahu dia tahu aku tidaklah seperti dulu lagi, dan aku ikhlas. Aku sedar jalan yg cuba dia tunjuk dulu. Kalau kamu berkesempatan, tolong beritahu dia ye? Dgn jadi follower ni la aku tahu sekarang dia jauh maju dari aku, dan dia gembira dgn hidup dia sekarang. Moga kegembiraan dia berpanjangan. Itu doa aku untuk dia~Amin
Bismillah Welcome Message
Saturday, 30 July 2011
Friday, 29 July 2011
Lesu~
Kata orang, bila kita dah selalu dengan aktiviti fizikal, ataupun selalu aktif bergerak, kita akan merasa lesu dan letih tak bersebab bila kita stop aktiviti tu. Aku setuju. Bukan lah maksud aku nak promosi diri aku ni kononnya aku ni aktif bersenam, cuma tempat aku study yang berasaskan sistem rejimen menuntut kehidupan seorang pelajar yang aktif. Setiap pergerakan satu tempat ke tempat yang lain sama ada berjalan kaki atau kawad berkumpulan. Belum lagi kalau memang dah dipaksa bersukan! Tambah lagi dengan diri aku yang menyertai skuad PALAPES LAUT terulung (yang pertama) dalam IPTS. Memang kena banting betul-betul tubuh aku yang agak besar(sesetengah orang akan berkata memang besar huhu) ni.
Kini aku dirumah, menantikan panggilan syarikat perkapalan yang sponsor aku untuk memulakan proses pengumpulan seatime selama 12 bulan. Lama tu. Baru kejap tadi aku 'menyamun' kawasan lapang rumah kepunyaan papa ni. Tak adalah seluas mana tapi tetap nampak tak cantik bila semak samun, lalang, mula meninggi diri di laman tu. Alasannya? Sebab aku rasa lesu. Ya, lesu. Lesu bila dah lama tak membuat aktiviti-aktiviti fizikal yang berat membuatkan seolah-olah aku berasa letih dan lemah tanpa sebab(itu lah sebabnya kot). Baru terasa segar sikit badan ni. Kamu pernah ada rasa macam apa yang aku rasa ni tak? Tentu adakan ...? Sebab aku rasa aku bukanlah seorang yang tak normal dan aku juga bukanlah seorang yang extraordinary. Biasa je pun.
Oh ye, kalau kamu perasan, ada penambahan widget baru kat blog Rentetan Memori.. ni. Aku tengok dari blog-blog rakan-rakan aku yang lain dan siasat(istilah tak boleh blah) dari mana mereka mendapatkan widget-widget yang 'cool' dan cantik-cantik. Sebab aku ni tidaklah sekereatif kamu ataupun mereka yang lain-lain tu. Tapi tak salah kalau aku mencubakan? Badan pun alhamdulillah dah mula rasa segar, terasa nak berjalan-jalan pula di tepi tasik di S2 tu. Seronok juga melihat gelagat insan-insan lain ada yang berjoging, berjalan-jalan sambil berbual kosong, minum petang, main skateboard, and last but not least, berdating..
Ok juga rasanya kan? Dapat juga menghirup udara petang yang segar sambil menikmati indahnya ciptaan Illahi~

Thursday, 28 July 2011
Di Malam yang Hening~
Salam..post yang kedua in less then 4 hours? Haha. Still belum tidur, masih menghadap laptop yang dah nak menjangkau usia 3 tahun. Banyak kenangan dengan laptop ni. Sampai pernah tenggelam separuh la dalam mesin basuh. Pecah rumah punya kes. Sebelum ni rumah aku pernah orang pecah masuk, banyak barang yang dicuri oleh mereka-mereka yang tidak berhati perut itu. Laptop aku, laptop papa, barang-barang kesayangan mama, banyak juga la. Jadi ceritanya konon dek fobia kehilangan laptop dulu, dan kerana sayangnya hamba pada laptop hamba yang tak seberapa mahal itu, maka aku sorok kan lah beliau di dalam mesin basuh ketika kami sekeluarga keluar (tak ingat ke mana).
Pulangnya kami kembali ke rumah, mama pun mula rutin hariannya, memesin kain. Mama pun start mengisi air ke dalam mesin basuh tersebut. Setelah agak lama baru aku teringat bahawa laptop aku masih berada didalam mesin basuh tersebut. Separuh dari bahagian laptopku tenggelam dimamah mesin basuh durjana itu. Punya la aku keecewa memikirkan kemungkinan kerosakan yang sangat-sangat tinggi. Mama yang suggest supaya jangan switch on dulu, dan keringkan. Tu dia, mama aku pergi jemur bawah cahaya matahari yang terik dan panas. Tiga hari juga la jemur dan mengelap prosesnya. Miracle nya, it works! Sampai la ke hari ini laptop aku functioning well and performance yang seperti biasa. Terbaiklah mama, haha.
Sambil aku membuka facebook aku yang tak berapa famous tu, sambil tu juga aku semak updated infos yang di post oleh rakan-rakan seperjuangan di confrence site yang disediakan. Al-maklumlah, tengah tunggu nak naik kapal for the first time kan, a bit nervous, and excited at the same time. Perasaan yang bercampur baur. Wish me luck yea? Thanks.
Hurm~i guess thats all for tonite ya. Mata mula mengantuk, kepala mula tersengguk-sengguk, persediaan rutin hari esok.

Tarikh Bermulanya Rentetan~
28 Julai 2011 inilah tarikh bermulanya aku mempunyai blog aku sendiri. Di saat ini orang lain sedang sibuk menonton perlawanan bola sepak kelayakan piala dunia antara negara tercinta Malaysia, menentang negara jiran, Singapura. Agak 'dull' sedikit wajah blog bari aku ni, maklumlah, baru-baru nak belajar punya blog sendiri (macam bodoh sombong pun ada~haha). Bukan apa, tak nak lah aku menyusahkan orang lain. Kalau dah tak tau sangat-sangat nanti, pandai-pandailah aku rujuk kan? Gadget ape pun belum ada, haha.
Ketika ini juga mama berada di Makkah Al-Mukarramah, menunaikan ibadah umrah (Alhamdulillah) selama dua minggu bermula 22 Julai 2011. Semoga mama sihat-sihat sahaja di tanah suci sana. Rindu pada mama memang cukup terasa kerana ia adalah dua situasi yang berbeza, antara diri sendiri yang pergi meninggalkan, dan juga bila diri sendiri yang ditinggalkan. Apapun, insyaallah, hari ke-lima Ramadhan Al-Mubarak nanti pulanglah mama tercinta.
Berkenaan keadaan blog aku yang agak 'dull' dan 'lame' ini ampunkan aku ya, insyaallah akan diperbaiki as the time goes by.

Subscribe to:
Comments (Atom)