Thursday, 28 July 2011

Tarikh Bermulanya Rentetan~

       28 Julai 2011 inilah tarikh bermulanya aku mempunyai blog aku sendiri. Di saat ini orang lain sedang sibuk menonton perlawanan bola sepak kelayakan piala dunia antara negara tercinta Malaysia, menentang negara jiran, Singapura. Agak 'dull' sedikit wajah blog bari aku ni, maklumlah, baru-baru nak belajar punya blog sendiri (macam bodoh sombong pun ada~haha). Bukan apa, tak nak lah aku menyusahkan orang lain. Kalau dah tak tau sangat-sangat nanti, pandai-pandailah aku rujuk kan? Gadget ape pun belum ada, haha.

        Ketika ini juga mama berada di Makkah Al-Mukarramah, menunaikan ibadah umrah (Alhamdulillah) selama dua minggu bermula 22 Julai 2011. Semoga mama sihat-sihat sahaja di tanah suci sana. Rindu pada mama memang cukup terasa kerana ia adalah dua situasi yang berbeza, antara diri sendiri yang pergi meninggalkan, dan juga bila diri sendiri yang ditinggalkan. Apapun, insyaallah, hari ke-lima Ramadhan Al-Mubarak nanti pulanglah mama tercinta.

      Berkenaan keadaan blog aku yang agak 'dull' dan 'lame' ini ampunkan aku ya, insyaallah akan diperbaiki as the time goes by.

No comments:

Post a Comment