Friday, 29 July 2011

Lesu~

  Kata orang, bila kita dah selalu dengan aktiviti fizikal, ataupun selalu aktif bergerak, kita akan merasa lesu dan letih tak bersebab bila kita stop aktiviti tu. Aku setuju. Bukan lah maksud aku nak promosi diri aku ni kononnya aku ni aktif bersenam, cuma tempat aku study yang berasaskan sistem rejimen menuntut kehidupan seorang pelajar yang aktif. Setiap pergerakan satu tempat ke tempat yang lain sama ada berjalan kaki atau kawad berkumpulan. Belum lagi kalau memang dah dipaksa bersukan! Tambah lagi dengan diri aku yang menyertai skuad PALAPES LAUT terulung (yang pertama) dalam IPTS. Memang kena banting betul-betul tubuh aku yang agak besar(sesetengah orang akan berkata memang besar huhu) ni.

  Kini aku dirumah, menantikan panggilan syarikat perkapalan yang sponsor aku untuk memulakan proses pengumpulan seatime selama 12 bulan. Lama tu. Baru kejap tadi aku 'menyamun' kawasan lapang rumah kepunyaan papa ni. Tak adalah seluas mana tapi tetap nampak tak cantik bila semak samun, lalang, mula meninggi diri di laman tu. Alasannya? Sebab aku rasa lesu. Ya, lesu. Lesu bila dah lama tak membuat aktiviti-aktiviti fizikal yang berat membuatkan seolah-olah aku berasa letih dan lemah tanpa sebab(itu lah sebabnya kot). Baru terasa segar sikit badan ni. Kamu pernah ada rasa macam apa yang aku rasa ni tak? Tentu adakan ...? Sebab aku rasa aku bukanlah seorang yang tak normal dan aku juga bukanlah seorang yang extraordinary. Biasa je pun.

 Oh ye, kalau kamu perasan, ada penambahan widget baru kat blog Rentetan Memori.. ni. Aku tengok dari blog-blog rakan-rakan aku yang lain dan siasat(istilah tak boleh blah) dari mana mereka mendapatkan widget-widget yang 'cool' dan cantik-cantik. Sebab aku ni tidaklah sekereatif kamu ataupun mereka yang lain-lain tu. Tapi tak salah kalau aku mencubakan? Badan pun alhamdulillah dah mula rasa segar, terasa nak berjalan-jalan pula di tepi tasik di S2 tu. Seronok juga melihat gelagat insan-insan lain ada yang berjoging, berjalan-jalan sambil berbual kosong, minum petang, main skateboard, and last but not least, berdating..

  Ok juga rasanya kan? Dapat juga menghirup udara petang yang segar sambil menikmati indahnya ciptaan Illahi~

No comments:

Post a Comment