Saturday, 30 July 2011

Kisah sedekah~dan Doaku untuk dia

   Salam..bertemu lagi dalam lembaran yg baru. Baru balik dari pasar malam S2, and merancang nak mandi sungai pada esok hari (apa kaitan?) haha. Bila tengok suasana pasar malam tadi, ramai yg meniaga, alhamdulillah la tempat biasa family aku rembat nasi briyani tu meniaga, dan juga yg meniaga air soya. Dapat langsung aku rembat tau-fu-fa gula hitam (betul ke spell tu?). Bila fikir-fikir, negara kita ni mewah dengan makanan kan? Alhamdulillah. Walaupun aku tau ada lagi org yg masih menderita dek kemiskinan. Hatta nak mencari sesuap nasi pun payah. Cuma mungkin tidak berpeluang kita mendekati  atau mencari mereka. Malah hati ni meruntun sedih, bila tgk ada anak-anak kecil semuda 5 atau 6 tahun kadang minta simpati untuk kita bersedekah. Ada yg claim dari sekolah agama atau anak yatim. Tapi, ada yg enggan memberi, dgn alasan budak-budak tu dipergunakan oleh org yg mengaut keuntungan.

   Bagi aku itu mungkin betul, tapi apa salahnya kalau kita pandang from a different view. Sedekah kita yg tak seberapa tu mampu membantu anak kecil itu makan, atau who knows we can turn his/her future positively? Mungkin dgn sedekah kita yg tak seberapa itu lah yg menjadi penyebab anak-anak kecil ni dibagi makan oleh yg mengaut keuntungan tadi. Tak salah kan fikir mcm tu? Manalah tau kalau kutipan sedekah yg dibawa pulang anak kecil ini jika tak sampai jumlah yg sepatutnya dia tak dibagi makan? Lebih teruk lagi dipukul? Tak ke kita dapat selamatkan mereka dgn sedekah kita yg tak seberapa tu?

  Tapi ni pendapat aku sahaja. Pendapat kamu aku tak tahu dan aku berminat nak ambil tahu juga andai sudi kamu memberitahu aku. Hurm, aku ada ikut, jadi follower satu blog ni yg boleh dikatakan popular. Kawan aku. Kawan lama dgn sejarah lama. Ingin sgt aku tegur dan berkawan kembali. Tapi aku tahu dia tak mahu. Aku cuma mahu meminta maaf, dan mahu dia tahu aku tidaklah seperti dulu lagi, dan aku ikhlas. Aku sedar jalan yg cuba dia tunjuk dulu. Kalau kamu berkesempatan, tolong beritahu dia ye? Dgn jadi follower ni la aku tahu sekarang dia jauh maju dari aku, dan dia gembira dgn hidup dia sekarang. Moga kegembiraan dia berpanjangan. Itu doa aku untuk dia~Amin

No comments:

Post a Comment